2011年7月15日金曜日

Air Selusuh

Apa itu air selusuh?
Air selusuh tu air yg telah dibacakan doa-doa tertentu,
sebagai usaha utk memudahkan proses bersalin- InsyaAllah.

Dibawah ni adalah cara penyediaan air selusuh, 
yg dikongsi dgn Aunty Siti (Mama Alia) 

Menyediakan air selusuh.
Diminum setiap hari, seminggu sebelum tarikh bersalin.
Cara-cara:
1)    Ambil wuduk
2)    Ambil sebotol air minuman (atau air zamzam)
3)    Duduk menghadap kiblat
4)    Baca surah Al-Fatihah
5)    Selawat nabi 10x
6)    Baca Surah Attoriq 3x (surah 86)
7)    Hembus ke dalam botol air
8)    Beri minum kepada isteri

 Amalan 44hari setiap pagi selepas kelahiran baby.
(selepas solat subuh - bapa baby)
 Setiap pagi selepas solat subuh, 
baca surah Al-Insyirah (surah 94) 7x,
hembuskan ke ubun anak.

Lain-lain peringatan sebagai amalan semasa/selepas bersalin
1)    Air zamzam – ibu & bayi
2)    Kurma nabi SAW – bayi
3)    Rempah tuam – bayi
4)    Akar Fatimah – ibu
5)    Doa memudahkan bersalin – Suami
6)    Basuh uri dengan asam jawa – suami
akar Fatimah hendaklah direndam seminggu sebelum bersalin.

0 件のコメント:

コメントを投稿